Monday, December 6, 2010

Pulau Langkawi - bajet minimum kepuasan maksimum

Percutian Langkawi memang satu pengalaman yang agak baru bagi aku. Beberapa kali bila ada peluang, aku tak dapat nak join..so dengan tawaran pakej serendah RM150, aku terus tak berfikir panjang lagi untuk melepaskan peluang yang jarang ada. So secara ringkasnya pakej ini menawarkan semacam berikut:-

Bas Ekspress Pergi Balik KL-Kuala Perlis
Hotel 3 hari 2 malam
Feri pergi balik
Lawatan Langkawi dengan Bas Ekspress
Bot utk Island Hopping
Bot utk Mangrove & Cave Tours
Tiket Cable Car
Sarapan 2 kali,Makan Malam 1 kali dan BBQ 1 kali

So? memang tak masuk akalkan? kenapa tak masuk akal? sebabnya bila aku tgk stand alone pakej utk mangrove & Cave Tours utk full tours shj dah lebih dari RM100...so kami dapatla save duit tu dlm pakej ni..Syukur..:)...antara yang logiknya disebabkan trip ni melibatkan ramai orang sehingga lebih dari 200 org. Tapi rasanya takda masalah dengan terlalu sesak sebab trip dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil.

Perjalanan bermula dekat dengan pejabat kami di Maju Junction pada lebih kurang pukul 11 mlm. Sesampainya di jeti Kuala Perlis, kami mendapatkan tiket feri utk menaiki feri ke Pulau Langkawi. Kemudian setelah feri bergerak dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, kami melalui jeti tersebut yang terdapat banyak kedai-kedai menjual coklat aneka jenis, pinggan mangkuk, periuk, bag dan ada juga rokok dan arak. Semuanya dalam harga yang murah tapi kalau kita rajin sedikit carila kedai yang betul utk dapatkan harga yang termurah. 

Kami pun dibawa oleh Bas Ekspress sampai ke hotel. Hotelnya taklah berapa menarik sangat dan berada di belakang hotel yang menghadap laut pulak. Tapi mengenangkan setaraf dengan harga pakej, kita pun tak kesahhh...
Aktiviti 1:- Kilang Gamat Nusantara
Kalau dah di Pulau Langkawi ni , tak singgah mencari minyak gamat ni tak sah. Itu org kata. Pulau Langkawi memang terkenal dengan industri minyak gamatnya. Jadi kami pun singgah di Kilang Gamat Nusantara yang banyak menjual barangan berunsurkan gamat. Selain dari minyak gamat ada juga sabun gamat, losyen gamat, syampu gamat dan memang bermacam lagi sampai tak ingat..jadi datanglah sini utk lihat sendiri keunikan gamat ni. Selain itu juga ada bermacam herba dan akar kayu pun ada. Kebanyakannya juga digunakan dalam pemprosesan minyak gamat. Hmm..sambil melancong kita belajar menambah ilmu juga..haha..aku beli sabun gamat,losyen dan minyak.

Aktiviti 2:- Kereta Kabel - KK
Menaiki KK antara pengalaman yang menarik bagi aku. KK Langkawi agak berbeza dengan KK di Genting Highland kerana kecuramannya menghampiri 90 darjah menegak..:O..semakin kita naik udara yang panas semakin berkurang dan semakin dingin- tak sangka juga di Pulau Langkawi juga kita boleh rasakan udara yang dingin. Ada 2 hentian di sini rasanya dan kami tak ambil hentian yang pertama sbb hentian yang kedua lebih besar dan ada jambatan gantung yang berhampiran. Dengan bentuknya yang tropika moden ia menjadi salah satu ikonik di pulau Langkawi. Pemandangan dari atas mmg menakjubkan. Dari situ kita boleh nampak laut yang terbentang seluas alam dan juga pemandangan sekitar Pulau. Selang seketika tiba kabus melalui tempat kami dan menutup pemandangan. Mmg seronok dapat merasai kabus di atas ni. Kemudian kami turun Jambatan Gantung. Cantik juga rekabentuk jambatan ini. Kalau kita berlari di atas ni atau melompat-lompat, gegaran boleh dirasai yang lain. Hati-hati!
Dah puas melihat dan bergambar kami pun turun. Rupanya perasaan turun dengan KK lebih gerun berbanding naik tadi, Tapi ia cuma sekejap saja dan kemudian beransur normal.

Aktiviti 3:-  Mangrove Tour
Bas membawa kami ke Jeti di mana kami akan membuat journey melihat alam di hutan paya bakau. Menariknya sini kami menyusuri sungai2 yang dikelilingi paya bakau seolah-olah kami sedang meredah sungai di hutan negara..haha..kemudian kami berhenti di satu kawasan untuk melihat aktiviti helang mendapatkan makanan. Helang di Pulau Langkawi ada 2 jenis. Satu helang biasa dan satu helang laut. Helang Laut saiznya lebih besar dari helang biasa. Nak umpannya kenalah gunakan daging ayam. Menariknya cara mereka makan memang bersistem . Cara helang ialah menunggu seekor demi seekor turun menyambar makanan dan naik semula. Mereka tak berkerumun seperti yang biasa kita lihat pada burung merpati.

Gua Kelawar
Di sini kami berpeluang melihat keadaan di dalam Gua Kelawar. Ia tidaklah berapa besar. Tetapi di dalam mmg gelap dan agak berhaba. Suluh di atas mmg terdapat byk kelawar yang tidur.

Fish Farm
Kami sempat melawat fishfarm di sini. Ada beberapa jenis ikan yang menarik seperti ikan sumpit, pari, belangkas dan bermacam-macam lagi. Restoran turut disediakan bagi sesiapa yang ingin merasa ikan yang segar.

Aktiviti 4- Pulau Beras Basah
Kalau kita mandi Pulau Langkawi sahaja kita merasakan air lautnya tidak biru dan agak keroh dibawahnya. Kami menaiki bot ke Pulau Beras Basah untuk mandi di sana. Pulau Beras Basah mmg menarik kerana pasirnya halus dan airnya biru. Hampir seperti Pulau Redang.

Aktiviti 5-Tasik Dayang Bunting
Setelah mandi kami menyambung perjalanan bot ke Tasik Dayang Bunting. Mendapat nama daripada  bentuk pada bukit-bukau di sini seakan-akan seorang perempuan yang sedang baring dan mengandung. Orang kata atas namanya juga ramai cuba mendapatkan airnya kerana dipercayai boleh memberi kesuburan kepada perempuan. Dari jeti ke tasik mmg agak susah tapi percayalah selepas sampai pemandangan yang ditawarkan memang memuaskan. Bukan sahaja kita boleh menikmati pemandangan, tp kita juga boleh mandi di sana! Keseronokan tidak akan ada kalau kita tak bermandi manda di sini!Nak cuba selam sedalam mungkin tp tak jadi sbb dalamnya sgt gelap dan khuatir di tarik~~?!!...tetapi selain itu kita juga boleh menyewa bot kayuh untuk bersiar-siar di tasik yang dikelilingi bukit yang hijau..dan tak sangka juga ditepian ada yang meletak kaki ke dalam air untuk merasa 'spa' ikan-ikan kecil.

Kadang-kadang kita berasa hairan,bagaimana pulau ini berada di tengah laut tetapi di dalamnya terdapat tasik berair tawar? Itu keajaiban alam ciptaan tuhan!

Aktiviti 6 - Membeli belah di Pekan Kuah
Ya...kalau datang tapi tak singgah di sini memang rugi. Pulau Langkawi kan terkenal dengan syurga barangan bebas cukai. Antara barangan utama di sini set pinggan mangkuk, alatan dapur dan coklat! Ada juga rokok yang dijual. Tapi maklumlah rasanya mungkin tidak sama dengan rokok yang dijual di tanah besar. Dan ada juga arak dijual tapi bagi kita ia haram...belilah coklat-coklat utk keluarga di rumah...

Aktiviti 7-Bersiar-siar di Pantai Cenang
Aktiviti ini pun tak rugi bagi sesiapa yang datang. Terdapat pelbagai jenis kedai-kedai dan restoran di sini. Keadaan di sana mengingatkan aku Pulau Langkawi mmg kaya dengan lambakan pelancong ke sini. Hasilnya kedai-kedainya pun bukan calang-calang. Ada juga barangan jenama yang dijual beratus ringgit dan restoran yang berkelas tinggi. Tapi kebanyakannya pun hanya untuk orang asing kerana terdapat minuman keras.

Aktiviti 8- Makan Malam beramai2 dan aktiviti terakhir
Pada malam akhir kami berpeluang merasai makan malam yang boleh dikatakan mewah dan tak padan dengan harga pakej kami. Dengan aktiviti makan malam maka berakhirlah aktiviti rasmi kami di sini. Pada keesokan pagi, kami telah keluar pada awal pagi untuk mengambil kesempatann mandi di laut sebelum menyiapkan diri utk pulang bersama bas ke Jeti Langkawi.


No comments:

Post a Comment